Berkaitan

Kongsi

Cerita Satu Permulaan

AEMI
Written by AEMI
Disiarkan pada :tarikh
Hari ini kita ada tarikh cantik. 5 Mei 2025. Dalam julat angka, ditulis 5-5-25 (Macam bahasa kod dah pulak πŸ˜…). Dan saya memang gemar melihat nombor sejak dari zaman sekolah. Sebab nombor menunjukkan hasil yang tak dapat dinafikan. Dalam istilah inggeris bekas pengurus kerja lama saya selalu ingatkan "number never lies"

Saya juga pasti ramai antara kita suka abadikan tarikh tertentu untuk meraikan kemenangan peribadi tak kira kecil atau besar. Dan hari ini hantaran pertama saya tulis di blog ini. Jadinya ia kemenangan kecil saya.

Apa yang saya buat?

Saya bantu usahawan dan pemilik bisnes kecil tampil lebih profesional di media sosial melalui eBook dan template penulisan yang mudah digunakan. Dengan pengalaman dalam penulisan kandungan dan rekaan visual, saya hasilkan bahan digital yang bukan sahaja cantik malah juga praktikal untuk digunakan.

Jika anda sedang cari cara untuk naikkan engagement tanpa serabut kepala, jemput tengok koleksi saya.

Bertahun yang sudah, saya sendiri berimpian nak hasilkan content yang padu. Idea ada banyak, tapi masa pula tak cukup. Dari situ, saya mula cipta eBook dan template peribadi. 

Mulanya hanya untuk diri sendiri, tapi kemudian saya fikir ada manfaat jika saya boleh jual juga.

Hari ini, saya ingin bantu usahawan kecil & content creator jimatkan waktu anda dengan bahan digital yang terus siap guna.

Tak perlu mula dari kosong dah. Fokus anda hanya pada mesej biar sampai.

Kalau anda nak bermula dengan lebih yakin dan tersusun, jom lihat apa yang saya tawarkan.

Terima kasih sebab sudi baca hingga akhir nota.

Jadikan Perniagaan Anda Dalam Talian Dengan Penyelesaian Tanpa Teknikal Terbaik Di Pasaran.

Jaminan Wang Dikembalikan 30 Hari

Ucapkan selamat tinggal kepada kadar jualan dalam talian anda yang rendah!

AEMI
Written by AEMI
Diterbitkan pada: May 05, 2025 May 05, 2025

Lebih banyak pandangan tentang Cerita Satu Permulaan

Lebih banyak pandangan tentang Cerita Satu Permulaan